Okeh, today's topic is "Saya anak Kedah"..Yes, dilahirkan di Hospital Besar Sungai Petani, Kedah. Sekarang dah tukar nama jadi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, ni dia..;D semang gler aku tunjuk gambo ni,haha, who cares?
Okeh, lepas I besar dan cukup umur, I pun bertadika di Taski Abim dekat Sungai Layar. Pastu, haa, masuk Darjah 1 dekat Sekolah Rendah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al-Jaffri. Masa tu tahun 1994, kelas 1 Delima. Masa tu kat sekolah ada 6 kelas Berlian, Mutiara, Delima, Zamrud, Nilam, Topez.. Tapi masa tu kelas budak Darjah 1 ja kot ada sampai Topez, yang lain sampai Nilam ja..Bermulalah zaman persekolahku,jaja. Erm, dulu masa kecik2 suka mata pelajaran Muzik dengan PJ, haha main ja mau;D
Aktiviti masa sekolah? I pernah join Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan erk, apa lagi eh?! Join Rumah Sukan, rumah kuning, Perwira yes I still remember the name, ada la join lari2 sikit..Eeto, ah, join singing competition dekat Sekolah Sin Min, if I'm not mistaken, singing Oh, Malaysia! wakaka malu de..Yes, I did masuk netball, the most wonderful thing that has ever happen to me. When I get to play netball, I felt Yeah!! Haha bersemangat ja bila cerita pasal netball nie. Suka sangat shoot bola tu, tapi disebabkan masalah fizikal, cikgu tu bagi jadi pemain tengah dengan sayap ja, huu..I terima seadanya, tapi besh woo, main dengan kawan2 ramai2, seronok!!
Then, UPSR masa Darjah 6, peperiksaan and all, dan maka selepas semua itu over, tamatlah riwayat sekolah rendahku..
Disebabkan gambo sekolah I tak jumpa dalam tenet untuk dicurik, maka dapat lencana pun jadilah..
Sekolah Menegah Ibrahim
Harum semerbak namamu
Mendidik memimpin kami
Putra putri berakhlak berilmu
Cekal tabah semangat waja
Cita2 murni hasrat muliaa...
Na na na na na...
Waaa, tak ingat lagu SMKI..Ntah betoi ka dak aku tulih ni, isk2..sorry, dah lama tinggal sekolah..Huu..
Rumah sukan I masa tu biru, rumah Raja Muda, Huhu, sukan zaman sekolah menegah tak best macam sekolah rendah sebab selalu kalah..wuuu...But lots of good things happened. Here, I found many friends and abang senior yang humsem2 dan akak senior yg chiantek2, eieyek:p haha poyo2..
Okes, aktiviti yang I join ye? Ano, masa mula2 tu pernah nak join Pengakap tapi disebabkan mamat pengerusi Pengakap ni macam gila kuasa ja, maka selepas perjumpaan minggu pertama decide terus tamau join Pengakap! Haa, memang ramai yang komplen pasal mamat tu..Sapa ntah nama dia, forgot already, dah lama maa..tapi dia macam comey gak apek tu..uppss..
Then, join Unit Trafik Sekolah, best la jugak. Tak best sebab tak pernah p lawatan mana2 pun masa sekolah..Wuu, sedih..Ah, I join Persatuan Bahasa Perancis, tapi udah lama dong, tidak ingat lagi. Join Kelab Boling..Eh, lupa pulak pasal Netball, yes join Bola Jaring, tapi kalah dengan SMK Convent Father Barre, menyampah tau bila dengaq depa tergedik2 "yeaaaaaaa!!" masa depa menang tu..Wuu..Perasaan masa kalah itu sangat tak best, sedikit down masa tu, but that was the past la aiyoo, be more mature la, hoh..
Seronok dulu2 study dengan member2..B4 masuk kelas, copy homework dulu la, macam biasa, masa tu kelas petang, Form 2 kot. Then, Form 3 PMR pulun stadi la kunun2, wek..Okes, lepas tamat Form 3, I did the MRSM entrance exam (ma parents told me to)..Then got into MRSM Balik Pulau..
Wait2, nak tunjuk lencana SMKI dulu....
Ok, now we can talk about MRSM Balik Pulau. Rasa sedikit terkongkong disini sebab kawalan dia sangat ketat, biasala..sekolah berasrama la katakan.. 1st time ber"experience" dengan sekolah asrama, mula2 rasa kekok, tapi lama2 rasa seronok, of course sebab ada ramai kawan. Masa tu just ada student Form 4 & 5, science stream. So memang dikenali la muka sekoq2 budak kat sekolah ni. Kalau hang buat salah tu memang silap banyak la..Glamer se, tak pasai2 kena buang sekolah la, gantung sekolah la, kena kutuk la tu oposekoz la kot....
Clear dorm, lights off, Segitiga Mandom, macam2 perkataan baru I belajar masa duduk sini. Dapat berkenalan dengan a lot of new friends from pantai timur kat sini. Kebanyakannya dari Kelantan & Terengganu, seronok sebab belajar slang depa, fun2!! Mung nak gi mano? Hehe=D
Aktiviti masa dekat MRSM?
Ah, Ok. Banyak benda best masa dekat sini, banyak aktiviti yang dilakukan sampai nak story pun tak tau yang mana. Join Renjer Puteri, akhirnya dapat jugak p lawatan sambil belajar ke Bukit Larut, Maxwell Hill, Perak. Actually we were camping there dekat2 dengan area Bukit Larut tu jugak kot, kalau tak silap. Seronok gak sekali sekala camping. Went also to Zoo Taiping. Lawatan sambil belajar ke Labu Sayong, Petrosains ermm, mana lagi eh?
Join volleyball sekolah walaupun tak terer mana, of course le kalah masa tournament. Haha, lawok2..
Ok, favourite subject? Errr? Wakaranai desu, tabun English kot sebab teacher suka buat aktiviti yang best masa kelas dia, macam tengok movie la, kuiz, nyanyi.. So much fun this way..
Pengalaman kena cubit dengan cikgu add math sebab tak reti buat ARAS(some kind of latihan khas for math n add math subject). Soalan ARAS tu giler banyak dee, dah le susah.. Kebanyakannya I copy from my friends, notice here, FRIENDS, itulah gunanya kawan;p Ok, maap2. Kawan2 adalah friends, friends adalah orang yang paling dekat dengan kita, so they are like family ok? Special family. Ah, enuf melalut.
Sports Day.. Haha, budak2 kelas K semua sama rumah sukan; kuning; Suria's the name. We also have Purnama(merah), Samudera(biru) n Belantara(hijau). The rumah sukan colour also represent which dorm you belong to. So we all, K class students belong to the same rumah sukan n dorm. I'm not sure whether it's just our class because kelas lain macam ada campuran rumah sukan..Pening already?Haha, Ok2, abaikan. Sorry, I'm bad at explaining things. Yang penting, rumah Suria selalu menang, turun temurun okeh, haha:D
Yes, I love Suria.. Go Suria!!
What else? I think banyak memori yang seronok dekat sini, yang sedih ada gak, tapi yang indah itu lagi banyak kot..
Hukhuk dah penat menaip nie..Can I sleep now? Thanks, see you next week, same time same place, at TV100..Huuuuu ;)
Jap, lupa lagi nak letak gambo, maap gambar ini jugak dicuri, hee..Inilah dia sekolah I masa Form 4 & 5
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......